Diriwayatkan seorang pemuda (cucu kepada Khalifah Umar al Khattab) sedang beribadat di dalam masjid. Bersama beliau adalah Khalifah (pemerintah) yang turut menyertai beliau dalam beribadat. Seusai ibadah, Khalifah telah bertanya kepada pemuda tersebut adakah apa-apa keperluan yang boleh ditunaikan untuk kemudahan beliau. Pemuda itu enggan meminta apa-apa kerana tidak manis untuk beliau berbicara hal dunia di dalam rumah Allah.
Setelah mereka berdua keluar dari masjid, Khalifah bertanya sekali lagi tentang keperluan yang boleh ditunaikan kepada pemuda tersebut.
"Tentang harta dunia atau akhirat?", tanya pemuda kepada Khalifah.
"Tentulah harta dunia yang boleh memudahkan kehidupanmu", jawab Khalifah yang bermurah hati itu.
"Kepada Allah pemilik langit dan bumipun aku tidak berharap apa-apa melainkan redhaNYA, inikan pula dari Tuan Khalifah yang diberi rezeki oleh Allah atas ehsanNYA jua!"
Apa ibrah kisah di atas? Ya...untuk apa kita meminta-minta kepada makhluk sedangkan Allah yang memberi rezeki kepada setiap makhluk yang diciptanya. Mengapa masih berlaku ketaksuban kita mendekati makhluk dalam meminta sesuatu?
Secara logik, sekiranya sahabat karib kita merupakan seorang jutawan yang pemurah...tentu kita juga bakal mendapat manfaat dari kekayaannya. Tentu beliau akan tunaikan segala hajat kita ketika senang apalagi di dalam kesusahan. Tidak memintapun akan diberinya sesuatu kerana mengenangkan kejujuran kita dalam bersahabat.
Jadi, mengapa tidak kita bersahabat karib dan mendekati DIA untuk segala permintaan!
Sama-sama kita hayati..

No comments:
Post a Comment