Sering kita berhadapan dengan pelbagai karekter manusia. Yang menyenangkan, menyeronokkan, mangagumkan. Senang dengan keramahan dan kemesraan, seronok dengan gurauan dan adab susila yang ditonjolkan. Kagum bersama bicara fakta dan karismatik seseorang.
Aahhh...tidak kurang juga karekter mereka yang menjengkelkan. Berbicara selayak tahu segala, mempromosi diri dan keluarga juga merendah-rendahkan mereka yang di sekeliling tanpa sedar.
Kadang hati sendiri memberontak melahir ketidakpuasan terhadap apa yang perlu dihadam di hadapan mata bila berkomunikasi. Adakah semuanya berkebetulan berlaku bagi mengenepikan harmoni jiwa?
Tetapi ada kelunakan jiwa dalam perbualan bersamanya, terpana aku dengan satu ayat yang diucap kepadaku...
"Mereka yang tidak menyenangkan itu hadir tepat pada waktu atas perancanganNYA".
Apa maksudnya? Yang pahit-pahit, yang menyakitkan hati, yang menggugat tenang jiwa, yang menggila menahan sabar...sengaja dihadirkan di hadapan mata untuk kita melepasi ujian tersebut seterusnya akan diangkat seseorang itu ke tahap yang lebih baik dan tentunya lebih mencabar pula ketahanan yang perlu disediakan.
Tanpa sedar, itu sebenarnya merupakan gelanggang 'internship' selepas kita menduduki kelas teori. Kita banyak mendengar ceramah, tazkirah, membaca buku...itu semua platform teori untuk kita mengetahui dan bersedia memasuki dunia sebenar. Praktikalitinya...makhluk yang diceritakan di medan teori diwujudkan di hadapan mata.
Mereka boleh diganding sebagai rakan sekerja, ketua jabatan, jiran tetangga, adik-beradik, anak-anak malahan suami/isteri dan apa sahaja statusnya. Kita diletak bersama mereka bertahun-tahun bagi meningkatkan imuniti diri. Belajarlah dari mereka untuk sebuah kematangan diri. Matang dalam mengemudi emosi dan harga diri.
Teringat aku kata-kata Ulama'...berlemah lembut dan banyakkanlah bersabar dengan isteri untuk hal-hal duniawi atas keperluannya, tetapi bertegaslah kepadanya dalam keperluan syari'at demi menegakkan hukum Allah.
Eerrmmm...lawan dan sainganku adalah mereka yang berhemah dan tawaduk dalam segala segi. Mereka yang bicaranya sekadar perlu untuk sebuah pencerahan. Mereka yang melayakkan aku berperang dengan diri sendiri untuk meraih martabat mulia tersebut. Mereka yang membuat jiwaku tersentuh untuk sebuah muhasabah diri.
Bagi mereka yang tegar menonjolkan kehebatan diri...silakan, kerana tidak sedikitpun tercalar jiwa juga tidak berbaloi untuk aku berbicara lebih. Berucaplah semahumu kerana sepasang telinga ini ditugaskan untuk lebih mendengar dari berbicara. Aku tidak hidup berasas pandangan jengkelmu terhadapku tetapi jiwaku hidup dengan pandangan Rahmat dariNYA.
Aku sentiasa meletak diri di dalam mode 'practical student' di sebuah organisasi kehidupan...guru-guru adalah mereka yang berada di sekelilingku.

No comments:
Post a Comment