Maharaja Lawak Mega sudah melabuhkan tirainya bersama laungan juara dari negeri di bawah bayu..kumpulan ZERO. Juara bertahan 2013 SEPAHTU tidak mampu mengekang kemaraan kumpulan lain yang kepingin gelaran No 1.
Di siri separuh akhir, 6 kumpulan berentap bagi kelayakan ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014.
Nabil menampilkan satu sketsa bertema 'prop' yang memapar seorang budak kampung agak 'kurang siuman'. Beliau menggunakan 'prop' kukur kelapa sebagai terompah dan selipar jepun sebagai telefon bimbit. Budak yang 'kurang siuman' tersebut telah kehilangan terompahnya di masjid dan sibuk bertanya orang-orang di sekeliling. Sketsanya amat menjadi sehingga berkali-kali aku menontonnya.
Dalam berulang-kali menonton, aku terperasan satu ayat yang diucap Nabil. Ayat yang menggambarkan realiti yang benar-benar wujud di sekitar kita. Cuba perhati di bawah...
Ibu kepada budak itu telah menelefonnya...
"Mak, mak aar...dekat masjid...dekat masjid ni"
"Orang gila tak payah sembahyang?"
"Mak...yang tak sembahyang tu yang gilaaa...yang tak sembahyang tu yang gila maaak!!!"
Yaaa...itulah realitinya. Di sekeliling kita ramai orang gila. Mereka wewenang meminggir solat dan berbuat maksiat seolah Tuhan tak wujud.
Menurut syari'at, hanya mereka yang kafir dan gila sahaja tidak tertakluk kepada segala hukum Allah.
Nabil berdakwah tapi ramai yang tak perasan!

No comments:
Post a Comment