"Bila dah besar nanti kamu nak jadi apa?"
"Polis"
"Guru"
"Arkitek"
"Engineer"
"Ultraman!!!!!"
Hahaaaaa...begitulah keletahnya kanak-kanak bila diajukan soalan tentang masa depan. Suatu masa dulu kita pernah menjadi kanak-kanak keletah tersebut. Apa sahaja yang terlintas di fikiran...itulah yang bakal dijawab.
Tetapi adakah jawapan itu yang kita maksudkan? Tentunya tidak. Tidak terbayang kita akan jadi 'apa' dan 'siapa' suatu hari kelak. Ya...mungkin kita bercita-cita secara serius apabila meningkat remaja. Kita akan tentukan untuk belajar di aliran yang menjurus kepada cita-cita kita. Biologist, Foodtech, Petroleum Engineer, IT Programmer adalah sebahagian dari aliran-aliran pilihan berdasar kepada minat dan kecenderungan individu.
Bagaimana dengan mereka yang tidak punya cita-cita? Kategori jenis ini hanya mengikut arus kehidupan, mereka belum mampu mengenali dan menggali minat dan kecenderungan diri. Ditambah dengan ketiadaan kewangan yang cukup untuk mereka melanjutkan pelajaran.
Pecutan untuk mengenali diri sendiri tidak sama di antara satu dengan yang lain. Mereka yang di dalam kategori bijak akan mudah melahirkan apa yang dimahu dan terus mengejar cita-cita. Mereka yang sederhana IQ akan perlahan-perlahan memahami kemahuan sendiri setelah menempuh alam pekerjaan. Mereka yang agak lemah hanya akan berubah dan mengenali potensi diri di atas kesedaran masing-masing setelah disergah oleh seseorang.
Sebenarnya masing-masing memiliki potensi diri yang hebat untuk diketengahkan. Hanya lagi ianya tidak disedari dan tidak pernah untuk dicari oleh yang empunya diri. Percayalah bahawa Sheikh Muszaphar dan Faiz Khalid tidak pernah bermimpi untuk menjadi angkasawan Malaysia! Peluang itu datang, mereka berani mencuba dan terpilih.
Jangan patah semangat apabila kita gagal untuk cemerlang di bidang pelajaran kerana sijil-sijil tersebut hanyalah satu tiket untuk melepasi ujian-ujian seterusnya. Jalan masih panjang...jika esok kiamat dan biji benih masih segenggam di tangan, teruskan menanam kerana pahalanya tetap dikira walau anak pokok mustahil kelihatan. Ini yang diajar oleh agama kita. Tidak wujud perkataan 'putus asa' bagi mereka yang ingin 'berubah' dan 'mengubah'.
Kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary? Beliau merupakan Bumiputra yang terkaya dan orang ke 8 terkaya di Malaysia. Beliau mempunyai aset sebanyak RM 2.75 billion menurut majalah Forbes. Beliau bukan berkelulusan Universiti hebat dan tidak sempat untuk menghabiskan pelajarannya di tingkatan 5! Mengapa beliau boleh berjaya? Jawapannya mudah...kerana beliau berjaya menggali potensi diri dan sedar minatnya di dalam bidang perniagaan.
Galilah potensi diri...MANA TAHU SUATU HARI NANTI KITA BAKAL MENAKLUK DUNIA BERBEKAL ILMU YANG DIPELAJARI!!!