Surah al Anfal ayat 29 menyebut, "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqan (pembeza/hidayah) dan Kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar".
Surah al Baqarah ayat 183 juga menyebut, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".
Untuk menggapai taraf TAKWA, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Ia tidak semudah mengambil wuduk dan bersolat. Ia bukan seperti berzakat dan berderma sakan. Ia juga tidak hanya berbuat baik kepada ibubapa.
Takwa jauh dari 'yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek'. Usaha untuk mencapainya memerlukan kudrat maksimum.
Di hari-hari biasa, 'takwa' seakan terpinggir dari kehidupan Muslim. Tidak ramai yang bercita-cita untuk memiliki sifat terpuji ini lantaran kemaruk dunia menyeliputi diri. Apatah lagi gandingan mantap nafsu dan syaitan yang tak henti-henti memain peranan.
Justeru, Allah buka peluang seluas-luasnya untuk kita berkesempatan merasai apa itu 'takwa'. Umat Muhammad diberi keistimewaan ke arah itu dengan hadirnya Ramadhan di setiap tahun. Ramadhan tiba bersama pengusiran syaitan dari kehidupan manusia. Tinggallah nafsu terkontang-kanting keseorangan yang membuka peluang untuk kita menundukkannya. Lihat kembali surah al Baqarah ayat 183 di atas. Puasa digandingkan dengan sifat takwa...mengapa?
Di dalam puasa terdapat banyak larangan-larangan yang wujud demi menundukkan nafsu yang sering menewaskan diri. Bukan sekadar menahan makan dan minum, seluruh pancaindera diarah berpuasa...mata, telinga, tangan, kaki dan segalanya.
Jika disiplin puasa benar-benar dihayati dan diikuti...Insyaallah, akhiran Ramadhan akan menghadiahkan sesuatu yang amat berharga buat menjaga diri di dunia apatah lagi di akhirat kelak.
Ingat, disiplin puasa termasuklah tahajud di sepertiga malam (atau sebelum bersahur), tidak meninggalkan bersahur kerana ganjaran dan fadhilatnya sangat besar, melakukan solat dhuha di kesempatan yang ada, menjaga mata, mulut dan telinga di sepanjang hari berpuasa, berbuka ala kadar tanpa bermewah dan membazir, bersolat tarawih (8 rakaat mahupun 20), juga membuat target untuk khatam membaca al Quran di dalam bulan Ramadhan.
Ya...kita pasti diuji di sepanjang laluan takwa. Liat untuk bangun Qiamullail, mengantuk dan rasa letih untuk bertarawih. Rasa nak marah bila trafik sesak di mana-mana.
Terpulang kepada yang empunya diri. Jika target 'takwa' mahu dicapai, bersabarlah dengan segala yang mendatang atau jika tidak, tahun ke tahun, Ramadhan ke Ramadhan...cerita yang sama diolah. Kita hanya beramal di bulan Ramadhan dan amalan itu tidak mampu dipanjangkan ke bulan-bulan seterusnya.
Apa tandanya takwa menyeliputi diri? Segala yang terpamer di bulan Ramadhan sudah menjadi sebati dalam diri. Al Quran sentiasa basah di bibir, Dhuha tidak mudah untuk dilepaskan begitu sahaja, rutin ke surau sudah menjadi biasa, tonasi zikir sentiasa diucap dan puasa sunat menjadi amalan.
'Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'. Carilah 'takwa' seawal Ramadhan...agar akhirannya bakal membuahkan hasil...Insyaallah.

No comments:
Post a Comment