Mahu aku bercerita 'trend' semasa yang banyak berlaku di parkir awam terutamanya di hospital-hospital kerajaan. Apa 'trend' nya tu? Petak parkir penuh, mereka meletak kenderaan berhadapan dan mempamer nombor telefon untuk dihubungi.
Eerrmmm...berlaku padaku sewaktu menghantar emak ke hospital. Seusai urusan, aku bergegas menuju ke kenderaan sambil emak menunggu di lobi. Ya la, orang tua memang dah tak larat nak berjalan, harus kita mudahkan perjalanannya agar kesihatannya terjaga.
Aiisshhh...dalam aku nak cepat, ada pula kenderaan yang menghalang untukku keluar dari parkir tersebut. Ada nombor untuk dihubungi yang dipamer di papan pemuka. Sekali, dua kali, tiga kali, empat kali dan lima kali...panggilanku tidak berjawab.
Aku kembali ke lobi memberitahu emak apa yang berlaku. Hampir 30 minit masaku terbuang begitu sahaja. Aku menuju ke arah pengawal keselamatan meminta bantuan untuk buat pengumuman agar tuan punya kenderaan dapat mengalih kenderaan beliau.
Alhamdulillah...nampak seorang anak muda bergegas keluar dan meminta maaf berkali-kali kerana tidak perasan panggilan masuk tadi...aku senyum je laaa.
Itulah ceritanya...tetapi apakah rasional mahupun berhemah kita meletak kenderaan di hadapan kenderaan yang lain? Cuba lihat analisa ringkas di bawah:-
1. Orang dihalang keluar terpaksa menggunakan kredit sendiri untuk menghubungi tuan punya kereta yang menghalang..rasional ke tu?
2. Sekiranya kredit telefonnya habis, maka dia terpaksa menunggu ataupun menghubungi pihak pengawal keselamatan meminta bantuan. Tak pasal-pasal terpaksa berusaha lebih...padahal hak memakirnya yang diganggu..rasional ke tu?
3. Jika kenderaan orang menghalang itu dapat dihubungi, waktu keluarnya tetap tertunda kerana ia akan mengambil masa untuk orang tersebut sampai ke kenderaannya. Sekiranya seseorang itu ada urusan lain, akan lebih menyulitkan keadaan kerana terpaksa menunggu...rasional ke tu?
Tiada pilihan? Mustahil!
Jika nak letak juga, harus ada seseorang yang menunggu.
Jika pemandu yang terpaksa mengendali ahli keluarga, harus keluar awal subuh untuk mendapat parkir yang selesa.
Jika tak mampu juga, harus mereka mengakses 'trending' sekarang...UBER atau GRAB.
Itukan jalan penyelesaian!
Aku lebih ingin agar mereka yang merasakan bahawa dengan mempamer nombor telefon adalah cara berhemah, agar memikirkan semula tindakan tersebut kerana ia bertentangan dengan norma-norma kehidupan. Mereka mencuri kredit, waktu dan hak-hak individu dan kemasyarakatan!
*Aku sendiri bertolak keluar rumah seawal jam 0615 pada hari tersebut agar mendapat pakir selesa...ermmm.
No comments:
Post a Comment