Syukur...ya, itulah ucapan yang seharusnya keluar dari mulut manusia di kala mereka dilimpahi nikmat. Apakah hanya bila mendapat kesenangan baru terluah rasa syukur? Ermmm..bersyukurlah di dalam setiap kondisi...susah dan senang, kerana setiap yang berlaku adalah di atas ketentuanNYA dan kedapatan rahsia di sebaliknya.
Waktu mana yang harus diterjemah rasa syukur? Semestinya di dalam doa selepas solat fardhu mahupun sunat. Boleh juga diluah kepada seseorang yang membantu kita di hadapannya..rasa terimakasih dan syukur. Harus diingat...sentiasa semat di dalam hati rasa syukur di atas kurniaanNYA yang tak terkira banyaknya.
Tetapi dalam kita teruja mengucap syukur...entah sedar entahkan tidak, kita sebenarnya terlebih mempromosi diri, keluarga juga material yang menjadi milik empunya diri.
Apa ceritanya ucapan syukur diwar-warkan di pentas FB, IG, Twitter. Di mana letak jujurnya ucapan syukur dengan tempelan gambar kereta baharu, pindah rumah baharu, penayangan tiket penerbangan ke luar negara, 'wefie' menjamu selera di restoran mewah, menginap di hotel berjenama..lalu digarap ayat-ayat syukur yang bertaraf hipokrasi.
Tidak mahu aku berdebat tentang isu ini kerana pastinya mereka sudah bersedia dengan segala macam alasan yang akan menjustifikasikan ucapan syukur itu.
Ye lah...jika benarpun tempelan gambar-gambar promosi itu merupakan luahan syukur...ia pasti akan mengundang fitnah manusia. Rasa prejudis akan bertebaran di hati manusia yang melihat 'wall' FB dipenuhi publisiti diri. Tanpa sedar, sebenarnya diri kita sendiri menjadi penyebab fitnah itu wujud.
Bagi aku, jikapun tak betah berdiam...letaklah segala macam promosi di dunia maya tetapi elakkan perkataan 'syukur' ditempel kerana...syukur itu bukan sebuah promosi. Mereka yang bersyukur tidak terlintas untuk mewar-warkan 'rasa' itu malah akan menjaga segala perilaku diri. Rasa itu bukan untuk tontonan manusia...rasa itu hanya disimpan di dalam hati dan diterjemah dengan sujud kepadaNYA.
Maaf...hanya pandangan naif yang mungkin silap.