Translate

Saturday, 25 April 2020

Jangan Menghukum...Husnuzon

Moderator: Ustaz Haslin Baharin
"Boleh menegur tapi kenalah secara berhemah dan bukan melalui media kerana ia akan mengaibkan seseorang". 

Kata Dr Izhar Ariff...
"Dibolehkan untuk menyebarluas infaq² yang diberi demi untuk memberitahu masyarakat ke mana duit yang disumbangkan".

Kata Sdr Syamsul Debat...
"Kalau boleh jangan dipromosi sangat sebab risiko terbuka kepada fitnah".

Kata Ustaz Abdullah Khairi...
"Harus diberitahu kerana kita membawa amanah duit masyarakat. Mereka patut tahu ke mana duit tersebut pergi".

Kesimpulan...
Segala kebaikan yang dibuat berdasar kepada niat. Hanya niat yang menentukan samada kita meraih pahala atau rugi semata. Kita jangan meletak hukum berdasar apa yang kita lihat...husnuzon..bersangka baik.

Berinfaqlah...secara sembunyi mahupun terang²an. Tetapi sekiranya yang terang itu terdedah kepada fitnah, tohmahan, kecaman dan cemuhan...maka kita ada satu lagi pilihan...

Sembunyikanlah saluran infaq...jangan 'upload' apa² gambar. Jika ia membabitkan derma masyarakat, hanya 'upload' senarai² nama dan rumah² kebajikan.

"Ya Allah berilah kesabaran yang tinggi kepada mereka yang diuji walau berjuta kebaikan yang disalur...juga berilah hidayah kepada mereka yang mengeji di atas kejahilan mereka sendiri".

Salam Ramadhan Kareem

Thursday, 23 April 2020

Sembunyi Atau Terang?


Syariat mengharuskan bersedekah secara terang²an mahupun secara sembunyi.

Analisis...
Terdapat 2 kategori pemberian sedekah dan kita boleh memilih di antara 2 method tersebut.

Kategori 1 - sedekah sembunyi
Kategori 2 - sedekah terang²an

Bagi memilih sedekah secara sembunyi, tiada isu yang timbul kerana tiada siapa tahu.

Tetapi bagi yang memilih kategori 2...mengapa mahu dijadikan pertikaian?

Kategori 1 bersuara atas dasar mempertikaikan keikhlasan kategori 2....ermmmm...dah mula nak menelah hati manusia? Jangan ambil tugas Tuhan...

Kedua²nya dibenarkan syarak tetapi apabila salah satunya bersuara...di situlah timbulnya konflik yang sengaja diwujudkan...berdosa pula kita sudahnya!
Imarahkan mereka yang bersedekah dan doakan mereka...habis cerita!


Wednesday, 22 April 2020

Persamaan Dalam Kontra

Lihat cermin...

Angkat tangan kanan...eh eh..dalam cermin, tangan kiri yang diangkat.

Kenyit mata kiri...mata kanan pulak yang berkelip di dalam cermin.

Kenapa jadi macam tu ehhh...padahal di dalam cermin itulah diri kita.

Haaaa...itulah analogi kepada pasangan hidup kita. Allah telah pasang²kan kita bersama seseorang yang segalanya kontra...berbeza perangai, citarasa, tingkah laku, minat, hobi bla bla bla bluuuurrrrrrrr!

Tetapi mengapa usia perkahwinan kontra tersebut bertahan berpuluh² tahun...sehingga habis nyawa?

Hebatnya perencanaan Allah terhadap apa yang dikatakan kontra itu. Diwujudkan rasa bertolak ansur, toleransi, beralah, sabar.

Akhirnya pasangan kontra itu melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

Bagaimana mahu mewujudkan persamaan dalam kontra?

DAHULUKAN ALLAH DALAM MEMBIMBING KELUARGAMU!!!

Friday, 17 April 2020

Mesej Burung

Burung bersarang rendah apa tandanya? Rendah sarangnya separas kepala manusia...jika mahu disentuh dengan tangan atau diganggu..boleh saja.

Sarangnya pula bukan dibina di dahan pokok tetapi di celah² daun pokok pasu bunga di hadapan rumah...betul² di luar pagar rumahnya. Waktu nak buang sampah ke dalam tong...akan selalu bertentang mata dengan siburung yang bertapak di sarangnya.

Soalan itu diajukan kepadaku.

Aku ni jenis minat mengkaji sifat² dan habitat haiwan. National Geographic rancangan kegemaranku. Kalau kucing jalanan di belakang rumah datang makan, aku leka melihat gelagat mereka anak beranak...tahulah aku serba sedikit tabiat mereka.

Errmmm...burung. Tak kiralah apa jenis haiwanpun, kalau buat sarang atau rumah... mesti ciri² keselamatan diambil kira. So, mana burung tu tahu sarang yang dibuat di hadapan rumah tersebut selamat dari gangguan dan tangan² manusia?

Errmmm...setiap makhluk Allah ada naluri rasa, begitu juga burung. Naluri burung jantan merasakan bahawa sarang yang dibina untuk surinya selamat di lokasi terpilih. Macam mana burung boleh rasa? Pastinya Allah yang memberi ilham kepada burung tersebut..."buatlah sarang di hadapan rumah si polan si polan...kamu akan selamat!"

Kenapa burung memilih rumah kamu? Mesejnya jelas...hati kamu baik. Kamu takkan berbuat sesuatu yang memudaratkan waima kepada haiwan sekalipun.

Kamu pernah baca kisah ahli sufi wanita yang terkenal...Rabi'atul 'Adawiyah? Pernah berlaku beliau berada di satu tempat, berkumpul pula haiwan jinak dan liar (mangsa dan pemangsa) bersamanya tanpa wujud sifat memburu dan diburu. 

Kenapa berlaku demikian? Kerana hati Rabi'atul 'Adawiyah amat suci sehingga mampu mendamaikan suasana.

Sahabat, hati yang baik ni macam magnet...tarikannya amat kuat. Orang berasa tenang dan sayang terhadap kita.

Berbahagialah sahabat bersama mesej burung di hadapan rumahmu...burung hanya menurut naluri dan ilham dariNYA. 

Kamu insan terpilih kerana mempunyai hati yang baik. Mesej itu adalah dari Allah sebenarnya...menjemput rezeki.

Itu jawapanku...wallahua'lam

Saturday, 11 April 2020

Mahu Berniaga Dengan Siapa?

Sumbangan mahu diviral agar menjadi contoh kepada yang lain. Kita pula usah menelah niat di hati mereka...mereka buat kerja² kebajikan...awak buat ke?

Sekali imbas nampak cantik semua.

Tetapi bila segalanya dipromosi...setiap hari..setiap adanya waktu...berkata² pula hati..."eh eh..orang lain pun buat kerja² kebajikan juga tapi taklah sampai mahu diwar² setiap saat dan waktu".

Sahabat...tak kiralah status kamu...orang kaya, T20, M40, rakyat marhein mahupun ustaz selebriti...

Berpada² dan berhati² lah dengan kebaikan yang anda lakukan...jangan tegar mahu dipamer semuanya. Cukup satu dua contoh...kami dah faham.

Tapi bila promosinya melimpah ruah...bimbang ada ruang² lompong yang diperguna syaitan untuk riak yang tersembunyi...halus sangat!

Promosi untuk barang jualan, harus dilakukan sepanjang waktu dan sekerap mungkin...kerana kamu berniaga dengan manusia.

Tetapi sahabat, itu tidak sama bila kita berniaga dengan Allah. Walau tanpa promosi...pahala dan labanya tersimpan rapi di perbendaharaanNya...tanpa pengetahuan makhluk di bumi!

Tetap hormati penyumbang² yang prihatin

Friday, 10 April 2020

Dunia itu Hamba dan Tuan

Saiyidina Ali pernah berkata..."orang yg sentiasa memenuhkan perutnya, maka nilai dirinya tidak lebih dari apa yang dikeluarkan oleh perutnya jua".

Sahabat, berpada²lah kita dengan apa yang dihidangkan oleh dunia kerana dunia merupakan sebaik² hamba tetapi sejahat² tuan! 

Jangan kau kutuki dunia lantaran taksub dengan akhirat tetapi jadikanlah ia alat untuk kau menemuiNYA...

Muhasabah Jumaat...

Tuesday, 7 April 2020

Antara Tangan, Siku dan Pinggul

Hihihiiiiii...tersenyum simpul aku melihat komen dari Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di siaran Selamat Pagi Malaysia pagi ini.

Bagi membendung wabak COVID-19 dari menular, beliau mempertikaikan method yang disaran oleh KKM seperti menekan butang lif dengan siku, menolak daun pintu dengan pinggul atau bahu.

Kenyataan beliau...jika di butang lif terdapat virus maka sudah tentu siku terjangkit. Jika di daun pintu terdapat jangkitan COVID-19, pastinya pinggul dan bahu terpalit sama. 

Eeh ehhh..betul ke pemahaman Datuk atau memang beliau sedikit keliru dengan method yang disaran.

Begini sebenarnya...

Kuman paling banyak berkumpul di bahagian tapak tangan dan jari-jari tangan kerana sentuhan² yang dilakukan semuanya menggunakan tangan.

Selepas menyentuh berbagai permukaan dan barangan, dengan tangan yang sama juga kita akan mengambil makanan, menyuap ke mulut, menggosok mata, mengorek hidung dan telinga.

Dengan tidak menyentuh permukaan dengan jari di tempat² awam, boleh mengurangkan risiko jangkitan dan menyelamatkan kita dari terjangkit (mengambil kira sekiranya tangan tidak dibasuh).

Sebab itulah KKM menyarankan kerap basuh tangan ataupun menggunakan cucian sanitasi sekiranya berada di tampat² awam.

Kita juga disaran agar terus mandi dan rendam seluar dan baju bersama sabun setibanya di rumah (mengambil kira sentuhan² bahu dan pinggul di tempat² awam yang terjangkit).

Datuk Nadzim pula mencadangkan agar menekan butang lif dengan hujung pen yang telah disanitasi. 

Boleh jugalah...tapi bagi yang tiada pen bersamanya tetap kena tekan butang lif jugakan. Tapi boleh ke tolak daun pintu dengan hujung pen? Haaaa...di situlah siku dan pinggul memain peranan!

Apa² pun syabas dan tahniah kepada Datuk Nadzim dan barisan pejuang² PPIM yang memain peranan besar dan penting dalam melindungi hak² pengguna Islam khususnya.

nota kaki:

lebih bersimpulnya senyumku bila beliau berkata..."takkan lepas ni kita suruh masyarakat sanitasi seluruh muka untuk elak jangkitan?"

hahahaaaa...jawapannya...tak perlu la Datuk, sebab tu la kita disaran untuk kerap basuh tangan..lepas basuh tangan, kita bebas sentuh muka, gosok mata, korek hidung dan telinga ya.

*tetap hormat Datuk dan PPIM 👍🏾👍🏼

Sunday, 5 April 2020

Respect POLIS okey!

Bila privasi dihadkan, jadi tak betah..panas semuanya. Spesis² macam ni lah yang merisikokan masyarakat. 

Isu:-

1. Marah kerana laluan di hadapan rumah berlaku sekatan jalan yang panjang. Menyukarkan pergerakan keluar rumah.

2. Tengking pegawai yang bertugas dengan kata² kesat.

Penjelasan dari pegawai yang bertugas:-

1. Menyaring mereka yang keluar rumah bersama alasan yang kukuh sahaja.

2. Menjangkakan trafik yang panjang agar masyarakat bosan untuk keluar rumah menempuh sesak (memang itu tujuannya).

PKP dilaksanakan bertujuan bagi melindungi masyarakat dari menjadi penyumbang mahupun berisiko untuk dijangkiti. 

Memasuki gelombang ke 2, pihak berkuasa mula bertindak lebih tegas melarang sebarang pergerakan yang tidak munasabah.

Susah ke nak faham? Letak ke sisi sifat pentingkan diri. Semua orang terkurung, bukan hanya anda seorang!

Bila ego diri didahulukan, saman mengambil tempat. Duit banyak...upah peguam. Peguam dapat klien...ada job. Kenyataan peguam pula berbunyi begini ..
"anak guam saya takut".
"tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat".

Eerrmmmm...jika polis tak bertegas, ini yang bakal berlaku...

Spesis yang sama akan upah peguam untuk menyaman pihak polis kerana tidak bertegas dalam mengimplementasi PKP. Rakyat bebas bergerak ke sana ke mari tanpa pengawalan yang sistematik.

Sang peguam yang diupah pula membuat kenyataan..
"anak guam saya trauma".
"sikap polis yang tidak tegas hanya menambah takut kepada masyarakat kerana gagal membendung penyakit yang semakin menular!"

Hey!!!!!!! tolonglah beri kerjasama!!!!!!!

Tak berkenan aku dengan spesis2 ni!



Saturday, 4 April 2020

MencintaiMU

Mencintaimu pasti mengalir wang ringgit. Bukan membawa bahagia malah pasti nafsu meruntun di kedinginan malam.

MencintaiNya pasti mengalir airmata. Bukan kerna ujian yang bertimpa-timpa, hanya rindu untuk berbual mesra di sepertiga malam.

Cinta mana harus ku rai...yang ditemani nafsu makhluk atau diselubungi cinta Khalik.

Aku memilih mencintai makhluk tanpa nafsu dunia kerana itu arahanNya. Biar terpinggir di mata, biar miskin hidup tanpa harta. Bahagia hanya bila bersamaNya.

Aku hidup seizinNya, mendiami dunia milikNya, menjalani hidup atas rahmatNya...mana lagi hendak kucurah kasih kalau tidak kepadaNya.

1035 malam / Dia tidak tertakluk kepada hukum alam.

PN...showtime

Hikmah TMY bersama PN menerajui negara di kala dunia dilanda krisis wabak.

Tanpa COVID-19...kerajaan hanya akan mentadbir negara secara biasa² sahaja. Apungkan harga petrol, kaji pengurangan tol, kaji pembayaran ptptn, tambah kosmetik di Kementerian Pendidikan bla bla bla.

Tanpa Corona virus, kerajaan akan diserang bertubi² oleh kem pembangkang kerana didakwa hanya meneruskan apa yang pernah dilaksanakan oleh PH.

Tanpa pandemik yang menular di seluruh dunia, hanya naratif politik yang terus²an mewarnai landskap bumi Malaysia.

Justeru di mana kewibawaan PN yang didakwa sebagai Kerajaan Pintu Belakang?

Nahhhh...pengumuman TMY berkenaan pengenalan tiga langkah penangguhan membabitkan institusi kewangan dengan nilai sekurang-kurang RM100 bilion bagi membantu rakyat berdepan kekangan ekonomi susulan penularan wabak COVID-19.

Pengumuman kedua pula menyusul bersama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat!

Peruntukan bertaraf mega tersebut meledakkan kewibawaan kerajaan dalam mendepani masalah rakyat.

Nampak seakan tiada ruang untuk pembangkang mencelah apatah lagi dalam mempertikaikan peruntukan yang terlalu mesra rakyat itu.

Kerajaan juga bertegas dan melarang sebarang pergerakan masuk pelancong dari Cina ke Malaysia dan akhir sekali menguatkuasakan PKP.

Tiada masa untuk berpolitik. Semua lapisan rakyat diminta bersatu dalam mempertahankan negara.

Nampak Anwar Ibrahim mencuba nasib untuk membahas di Dewan Rakyat berkenaan di mana sumber kerajaan dalam menyediakan peruntukan besar tersebut, rata² netizen (rakyat) menyerang balas dan mula bosan dengan percaturan politik pembangkang.

Kerajaan dicuit...ia semakin memberi 'mileage' yang besar kepada kerajaan untuk mendepani PRU ke 15 dengan lebih berjaya dan bergaya!

Teruskan TMY bersama panglima² yang tidak takut mati...anda menginspirasikan kami rakyat Malaysia untuk bersama anda di penggal² seterusnya.

KUDOS!!!

Wednesday, 1 April 2020

RTM 74 Tahun

Selamat Pagi Malaysia...

Bekerja dari rumah memberi banyak ruang untuk aku bersambil mengikuti perkembangan semasa dalam slot SPM di saluran TV1.

Pengacara² yang diketengahkan semuanya berketerampilan dan bersedia dalam mengupas dan memaparkan isu² terkini.

Aku perhati, mereka pastinya sudah membuat analisa dan kerja rumah sehari sebelum siaran ke udara.

Senaraikan apa sahaja isu...politik, ekonomi, keluarga, sukan, pendidikan, pentadbiran, industri, berita dunia dan sebagainya...

Mereka telah lebih bersedia dalam mengajukan soalan² kepada panel jemputan pakar.

Wujudnya pada 1 April 1946...hari ini 1 April 2020 tarikh ulangtahun ke 74 Radio TV Malaysia RTM...stesyen perintis dalam dunia penyiaran Malaysia.

Banyak perubahan dan evolusi berlaku di sepanjang perkembangan dan perjalanan siaran TV dan radio Malaysia ini. Siaran digital lebih mendekatkan lagi kami dengan siaran RTM.

Syabas RTM...jenama yang paling dipercayai!