Translate

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Wednesday, 10 June 2020

Ebit Lew Menegur

Galak kita melihat Ebit Lew bercerita tentang keluarga..tentang isteri yang digelar bidadari juga tentang anak²nya. Dipromosikan segala kelemah lembutan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga. Dibelikan hadiah² mahal buat bidadari yang disayangi.

Rasa²nya Ebit Lew nak menunjuk² kehidupan beliau yang penuh mawaddah tu?

Aa aaa...tunggu dulu...sebelum prejudis mengambil tempat, kau kena kenal siapa Ebit Lew.

Beliau berasal dari keluarga susah. Yuran belajarnya kekadang ditanggung orang yang prihatin. Bila mula belajar hidup berdikari, beliau tidur di masjid. Makanannya bercatu tetapi tak pernah meminta² apa yang kurang.

Dalam mencari kebenaran, beliau menghayati dengan bersungguh² cara hidup Islam. Rasulullah menjadi idola.

Beliau tegar turun padang bagi menarik golongan² jahil yang terbiar untuk kembali kepada fitrah. Beliau nampak kepincangan yang berlaku...segala²nya bermula dari keluarga. Pada pemerhatiannya, keluarga Melayu Islam tidak mempraktik cara hidup Islam. Suami isteri kerap berkonflik, anak² sering dimarahi. Kasih sayang dalam hidup berkeluarga menjadi terlalu asing sifatnya.

Yaa...di sinilah bermula misi beliau untuk membetulkan segala yang pincang...setakat yang termampu. Dipromosi bantuan² untuk masyarakat yang terbiar termasuklah...

MENUNJUKKAN KASIH SAYANG DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA!

Dipimpin tangan isteri bidadari, dikucup dahinya. Dipeluk anak² yang sedang membesar dengan erat. Disebarluas foto² kehidupan berkasih sayang sebagai contoh didikan yang perlu dipraktik. 

Beliau gunakan sepenuhnya gelaran selebriti bagi mempengaruhi masyarakat ke arah kehidupan Islam.

Ebit Lew sedang mendidik masyarakat kita tentang cara hidup Islam!

Mesej beliau...kita semakin jauh dari semua itu!


Saturday, 2 May 2020

Infaq dan Akhlak

Aku mengikuti perkembangan konflik derma Ustaz Ebit Lew yang dikomen oleh Ustaz Abu Syafiq dengan sangat berhati². Lepas satu..satu, video aku layari untuk mendapat info yang betul.

Sebelum pergi jauh, aku perlu meneutralkan minda agar analisis yang aku keluarkan tidak menjadi fitnah. Aku tak boleh memihak dan aku juga perlu berlaku adil dalam membuat kesimpulan.

Kenyataan Ustaz Abu Syafiq:-

MELETAKKAN GAMBAR DAN VIDEO ORANG MISKIN YANG SUSAH SEHINGGA MEMALUKAN DIA ADALAH AIB DAN HARAM.

Ustaz Abu tidak mempertikaikan sumbangan yang diberi tetapi apabila video dimuat naik tanpa melindungi aurat seseorang yang terdedah...itu yang ditegur.

Sumbangan terhadap Maahad Tahfiz, Persatuan² mahupun kepada keluarga miskin yang dimuat naik gambar rumah yang daif dan hampir roboh...bukan masalahnya.

Masalahnya apabila wajah ahli² keluarga dan mereka yang terbaring melarat dengan kain tersingkap ke paras peha..tidak ditutup dengan cara yang wajar, boleh mengaibkan mereka.

Ya...aku bersetuju dengan teguran Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Ebit Lew pula dah buat yang terbaik untuk membantu dan meringankan mereka yang memerlukan tetapi berlaku kelemahan yang mana kalau beliau perasan, pasti beliau akan edit video tersebut sebelum dimuat naik.

Dakwah mesti dibuat secara teratur dan tersusun agar matlamatnya tercapai.

Kesimpulannya...

Pasti wujud kelemahan dalam kita berbuat sesuatu perkara. Kelemahan² itulah yang seharusnya diperbaiki bagi memantapkan lagi usaha² dakwah.

Tegurlah wahai yang di luar sana tetapi teguran itu harus diiringi hemah dan akhlak. Ustaz Abu Syafiq agak agresif dalam melontarkan hujahnya kepada netizen sehingga beliau mengatakan bahawa beliau telah menang dengan kedudukan 1-0 (apabila netizen mula behenti mengecam beliau dalam komen² di FB).

Wahai Ustaz Abu...kamu berhujah untuk raih kemenangan atau menyebar ilmu? (aku sedang menegur kamu ni ustaz).

Buat Ustaz Ebit Lew:

Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal - Khalifah Ali bin Abi Talib

Buat Ustaz Abu Syafiq:

Semulia² manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Wahai Daei...berdakwahlah..jadilah pewaris Nabi tetapi jangan kau dedahkan aib sesama kamu di ruang angkasa yang tiada berdinding.

Wahai Daei...berdakwahlah...tetapi jangan sampai teguranmu menjatuh dan mengaibkan pula saudara dakwahmu...kelak kamu akan ditanya di akhirat atas kelancangan mulutmu.

Aku? Hanya memerhati bagi mengkoreksi diri!

Friday, 1 May 2020

Menggapai Redha Allah

Aku menonton sebuah video ceramah dari Ustaz Abd Muein. Beliau menghurai bab mengaji beramai² dalam 'group wahatsapp' yang mana beliau tidak bersetuju dengan cara tersebut.

Di sini aku senaraikan hujah² Ustaz Abd Muein:

1. Pembahagian juzuk² tertentu kepada ahli.  Bermakna kesemua ahli tidak khatam keseluruhan ayat² Quran.

2. Kita sepatutnya habiskan khatam keseluruhan 30 juzu' berbanding hanya 1 atau 2 juzu' yang dibaca.

3. Beliau membandingkan dengan Imam Shafie yang khatam Quran 2 kali sehari.

4. Syaitan menipu daya ahli² kumpulan dengan bacaan Quran yang hanya sedikit sahaja.

Ini ulasan aku:

1. Tujuan diwujudkan bacaan Quran beramai² melalui 'group whatsapp' untuk kita imarahkan bacaan Quran demi meraih pahala berganda di bulan Ramadhan.

2. Ya...itu bukanlah program khatam Quran. Ia hanyalah TILAWATUL QURAN.

3. Tetapi sekiranya terdapat beberapa orang ahli dalam kumpulan tersebut yang telah khatam, bolehlah kita raikan majlis khatam Quran sebagai meraikan beberapa Qari dan Qariah yang telahpun memulakan bacaan seawal tahun dan Insyaallah khatam pada akhir Ramadhan.

4. Jika kita tidak mampu nak baca Quran dengan lancar apatah lagi nak khatamkan bacaan 2 kali sehari macam Imam Shafei...memadai kita baca 1 atau 2 juzu' sepertimana yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan. Quran adalah kata² Allah pada makhlukNYA. Membacanya pasti dapat pahala walaupun merangkak apatah lagi di bulan Ramadhan...berganda² pahala yang boleh kita raih.

5. Tipu daya syaitan? Saya tak fikir bila kita baca Quran dengan ikut kemampuan masing² merupakan tipu daya syaitan (yang menghalang kita untuk baca banyak²)...kecuali kita berbangga² dengan bacaan kita. Oleh itu baca seikhlas dan semampu yang boleh.

6. Jika kita meletak syarat yang tinggi untuk baca Quran kepada individu..rasanya ramai orang biasa² tak mampu nak buat...sudahnya akan tinggalkan terus tilawah Quran ni.
Yg mana handal² itu sahajalah yang akan pulun pahala tanpa mengajak yang lain untuk sama² imarahkan bacaan Quran.

Rasanya cara ini lagi tak betul sebab bersikap individualistik...dengan membaca seorang diri.

Kesimpulan:-

Itu hanya pandangan peribadi Ustaz Abd Muein. Pandangan beliau sesuai jika tertumpu kepada mereka² yang mahir dan berkebolehan dalam membaca dan mentadabbur Quran.

Sekiranya pandangan beliau dilontarkan kepada masyarakat umum, ditakuti makin kurang minat orang biasa² untuk memulakan membaca Quran.

Perkara yang baik dan belum menjadi amalan, harus dimulakan dengan sedikit² tanpa memberatkan mereka.

Dalam mengamalkan syari'atullah...aku berpegang kepada prinsip di bawah:

Sumber rujukan kita adalah Quran, Hadis, Ijma', Qias.

1. Selagi tiada Nas (Quran dan Hadis) yang mengharamkan...maka teruskanlah amalan baik itu.

2. Selagi tiada fatwa dan ijtihad dari ulama' (Ijma') yang melarang...teruskanlah amalan baik tersebut.

Biarlah Ustaz Abd Muein khatam Quran 2 kali sehari...berbanding kita yang membaca 2 muka surat sehari dengan niat belajar dan nak dapat pahala.

Allah tak pandang berapa kali kita khatam tetapi Allah pandang usaha² yang kita lakukan untuk dekatkan diri kepadaNYA.

Ingat ye..kita masuk syurga bukan dengan amalan² kita yang banyak tetapi dengan redha Allah!

Wallahuwa Rasul A'lam.

Selamat beramal semua 🙂

Saturday, 25 April 2020

Jangan Menghukum...Husnuzon

Moderator: Ustaz Haslin Baharin
"Boleh menegur tapi kenalah secara berhemah dan bukan melalui media kerana ia akan mengaibkan seseorang". 

Kata Dr Izhar Ariff...
"Dibolehkan untuk menyebarluas infaq² yang diberi demi untuk memberitahu masyarakat ke mana duit yang disumbangkan".

Kata Sdr Syamsul Debat...
"Kalau boleh jangan dipromosi sangat sebab risiko terbuka kepada fitnah".

Kata Ustaz Abdullah Khairi...
"Harus diberitahu kerana kita membawa amanah duit masyarakat. Mereka patut tahu ke mana duit tersebut pergi".

Kesimpulan...
Segala kebaikan yang dibuat berdasar kepada niat. Hanya niat yang menentukan samada kita meraih pahala atau rugi semata. Kita jangan meletak hukum berdasar apa yang kita lihat...husnuzon..bersangka baik.

Berinfaqlah...secara sembunyi mahupun terang²an. Tetapi sekiranya yang terang itu terdedah kepada fitnah, tohmahan, kecaman dan cemuhan...maka kita ada satu lagi pilihan...

Sembunyikanlah saluran infaq...jangan 'upload' apa² gambar. Jika ia membabitkan derma masyarakat, hanya 'upload' senarai² nama dan rumah² kebajikan.

"Ya Allah berilah kesabaran yang tinggi kepada mereka yang diuji walau berjuta kebaikan yang disalur...juga berilah hidayah kepada mereka yang mengeji di atas kejahilan mereka sendiri".

Salam Ramadhan Kareem

Thursday, 23 April 2020

Sembunyi Atau Terang?


Syariat mengharuskan bersedekah secara terang²an mahupun secara sembunyi.

Analisis...
Terdapat 2 kategori pemberian sedekah dan kita boleh memilih di antara 2 method tersebut.

Kategori 1 - sedekah sembunyi
Kategori 2 - sedekah terang²an

Bagi memilih sedekah secara sembunyi, tiada isu yang timbul kerana tiada siapa tahu.

Tetapi bagi yang memilih kategori 2...mengapa mahu dijadikan pertikaian?

Kategori 1 bersuara atas dasar mempertikaikan keikhlasan kategori 2....ermmmm...dah mula nak menelah hati manusia? Jangan ambil tugas Tuhan...

Kedua²nya dibenarkan syarak tetapi apabila salah satunya bersuara...di situlah timbulnya konflik yang sengaja diwujudkan...berdosa pula kita sudahnya!
Imarahkan mereka yang bersedekah dan doakan mereka...habis cerita!


Tuesday, 7 April 2020

Antara Tangan, Siku dan Pinggul

Hihihiiiiii...tersenyum simpul aku melihat komen dari Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di siaran Selamat Pagi Malaysia pagi ini.

Bagi membendung wabak COVID-19 dari menular, beliau mempertikaikan method yang disaran oleh KKM seperti menekan butang lif dengan siku, menolak daun pintu dengan pinggul atau bahu.

Kenyataan beliau...jika di butang lif terdapat virus maka sudah tentu siku terjangkit. Jika di daun pintu terdapat jangkitan COVID-19, pastinya pinggul dan bahu terpalit sama. 

Eeh ehhh..betul ke pemahaman Datuk atau memang beliau sedikit keliru dengan method yang disaran.

Begini sebenarnya...

Kuman paling banyak berkumpul di bahagian tapak tangan dan jari-jari tangan kerana sentuhan² yang dilakukan semuanya menggunakan tangan.

Selepas menyentuh berbagai permukaan dan barangan, dengan tangan yang sama juga kita akan mengambil makanan, menyuap ke mulut, menggosok mata, mengorek hidung dan telinga.

Dengan tidak menyentuh permukaan dengan jari di tempat² awam, boleh mengurangkan risiko jangkitan dan menyelamatkan kita dari terjangkit (mengambil kira sekiranya tangan tidak dibasuh).

Sebab itulah KKM menyarankan kerap basuh tangan ataupun menggunakan cucian sanitasi sekiranya berada di tampat² awam.

Kita juga disaran agar terus mandi dan rendam seluar dan baju bersama sabun setibanya di rumah (mengambil kira sentuhan² bahu dan pinggul di tempat² awam yang terjangkit).

Datuk Nadzim pula mencadangkan agar menekan butang lif dengan hujung pen yang telah disanitasi. 

Boleh jugalah...tapi bagi yang tiada pen bersamanya tetap kena tekan butang lif jugakan. Tapi boleh ke tolak daun pintu dengan hujung pen? Haaaa...di situlah siku dan pinggul memain peranan!

Apa² pun syabas dan tahniah kepada Datuk Nadzim dan barisan pejuang² PPIM yang memain peranan besar dan penting dalam melindungi hak² pengguna Islam khususnya.

nota kaki:

lebih bersimpulnya senyumku bila beliau berkata..."takkan lepas ni kita suruh masyarakat sanitasi seluruh muka untuk elak jangkitan?"

hahahaaaa...jawapannya...tak perlu la Datuk, sebab tu la kita disaran untuk kerap basuh tangan..lepas basuh tangan, kita bebas sentuh muka, gosok mata, korek hidung dan telinga ya.

*tetap hormat Datuk dan PPIM 👍🏾👍🏼

Sunday, 5 April 2020

Respect POLIS okey!

Bila privasi dihadkan, jadi tak betah..panas semuanya. Spesis² macam ni lah yang merisikokan masyarakat. 

Isu:-

1. Marah kerana laluan di hadapan rumah berlaku sekatan jalan yang panjang. Menyukarkan pergerakan keluar rumah.

2. Tengking pegawai yang bertugas dengan kata² kesat.

Penjelasan dari pegawai yang bertugas:-

1. Menyaring mereka yang keluar rumah bersama alasan yang kukuh sahaja.

2. Menjangkakan trafik yang panjang agar masyarakat bosan untuk keluar rumah menempuh sesak (memang itu tujuannya).

PKP dilaksanakan bertujuan bagi melindungi masyarakat dari menjadi penyumbang mahupun berisiko untuk dijangkiti. 

Memasuki gelombang ke 2, pihak berkuasa mula bertindak lebih tegas melarang sebarang pergerakan yang tidak munasabah.

Susah ke nak faham? Letak ke sisi sifat pentingkan diri. Semua orang terkurung, bukan hanya anda seorang!

Bila ego diri didahulukan, saman mengambil tempat. Duit banyak...upah peguam. Peguam dapat klien...ada job. Kenyataan peguam pula berbunyi begini ..
"anak guam saya takut".
"tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat".

Eerrmmmm...jika polis tak bertegas, ini yang bakal berlaku...

Spesis yang sama akan upah peguam untuk menyaman pihak polis kerana tidak bertegas dalam mengimplementasi PKP. Rakyat bebas bergerak ke sana ke mari tanpa pengawalan yang sistematik.

Sang peguam yang diupah pula membuat kenyataan..
"anak guam saya trauma".
"sikap polis yang tidak tegas hanya menambah takut kepada masyarakat kerana gagal membendung penyakit yang semakin menular!"

Hey!!!!!!! tolonglah beri kerjasama!!!!!!!

Tak berkenan aku dengan spesis2 ni!



Saturday, 4 April 2020

PN...showtime

Hikmah TMY bersama PN menerajui negara di kala dunia dilanda krisis wabak.

Tanpa COVID-19...kerajaan hanya akan mentadbir negara secara biasa² sahaja. Apungkan harga petrol, kaji pengurangan tol, kaji pembayaran ptptn, tambah kosmetik di Kementerian Pendidikan bla bla bla.

Tanpa Corona virus, kerajaan akan diserang bertubi² oleh kem pembangkang kerana didakwa hanya meneruskan apa yang pernah dilaksanakan oleh PH.

Tanpa pandemik yang menular di seluruh dunia, hanya naratif politik yang terus²an mewarnai landskap bumi Malaysia.

Justeru di mana kewibawaan PN yang didakwa sebagai Kerajaan Pintu Belakang?

Nahhhh...pengumuman TMY berkenaan pengenalan tiga langkah penangguhan membabitkan institusi kewangan dengan nilai sekurang-kurang RM100 bilion bagi membantu rakyat berdepan kekangan ekonomi susulan penularan wabak COVID-19.

Pengumuman kedua pula menyusul bersama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat!

Peruntukan bertaraf mega tersebut meledakkan kewibawaan kerajaan dalam mendepani masalah rakyat.

Nampak seakan tiada ruang untuk pembangkang mencelah apatah lagi dalam mempertikaikan peruntukan yang terlalu mesra rakyat itu.

Kerajaan juga bertegas dan melarang sebarang pergerakan masuk pelancong dari Cina ke Malaysia dan akhir sekali menguatkuasakan PKP.

Tiada masa untuk berpolitik. Semua lapisan rakyat diminta bersatu dalam mempertahankan negara.

Nampak Anwar Ibrahim mencuba nasib untuk membahas di Dewan Rakyat berkenaan di mana sumber kerajaan dalam menyediakan peruntukan besar tersebut, rata² netizen (rakyat) menyerang balas dan mula bosan dengan percaturan politik pembangkang.

Kerajaan dicuit...ia semakin memberi 'mileage' yang besar kepada kerajaan untuk mendepani PRU ke 15 dengan lebih berjaya dan bergaya!

Teruskan TMY bersama panglima² yang tidak takut mati...anda menginspirasikan kami rakyat Malaysia untuk bersama anda di penggal² seterusnya.

KUDOS!!!

Wednesday, 1 April 2020

RTM 74 Tahun

Selamat Pagi Malaysia...

Bekerja dari rumah memberi banyak ruang untuk aku bersambil mengikuti perkembangan semasa dalam slot SPM di saluran TV1.

Pengacara² yang diketengahkan semuanya berketerampilan dan bersedia dalam mengupas dan memaparkan isu² terkini.

Aku perhati, mereka pastinya sudah membuat analisa dan kerja rumah sehari sebelum siaran ke udara.

Senaraikan apa sahaja isu...politik, ekonomi, keluarga, sukan, pendidikan, pentadbiran, industri, berita dunia dan sebagainya...

Mereka telah lebih bersedia dalam mengajukan soalan² kepada panel jemputan pakar.

Wujudnya pada 1 April 1946...hari ini 1 April 2020 tarikh ulangtahun ke 74 Radio TV Malaysia RTM...stesyen perintis dalam dunia penyiaran Malaysia.

Banyak perubahan dan evolusi berlaku di sepanjang perkembangan dan perjalanan siaran TV dan radio Malaysia ini. Siaran digital lebih mendekatkan lagi kami dengan siaran RTM.

Syabas RTM...jenama yang paling dipercayai!

Tuesday, 31 March 2020

COVID-19 Berita Palsu

Berita palsu berceracak setiap hari. Setiap hari juga saluran TV harus menetapkan slot penafian berita palsu yang bertebaran tanpa noktah...setiap hari tanpa noktah!!!

Polis pula membuang banyak masa untuk mencari sumber² berita tersebut bagi mendakwa penjenayah² siber.

Hey kamu di luar sana...mentaliti apa yang sedang merasuk minda kamu? Dalam keadaan negara dan dunia dilanda sulit, kamu wewenang tergamak menular berita hampas. Kamu tahu tak bahawa menyebar fitnah dan berita tak benar adalah berdosa hukumnya di sisi agama?

Kamu mencipta panik, gusar, kecewa, hampa dan perasaan yang bercampur baur...

KRONIKNYA MINDA RAKYAT MALAYSIA!!!

Tak berkenan aku!

WFH COVID-19

Monday, 9 March 2020

Ayah Bertindak Betul

Ya betul YB Sadiq..mudaratnya kerajaan 'kleptokrat', yang membawa jatuhnya rejim tersebut di dalam UMNO...itu pilihan yang kami lakukan untuk membasmi kerajaan yang berusia 60 tahun...apatah lagi usia kerajaan YB yang baru setahun jagung..bila² masa kami boleh tumbangkan!

Justeru, UMNO sudah melalui proses pemutihan. Mereka sudah dijatuhkan dengan cara yang amat memalukan. Yang terbabit sudahpun melalui fasa² perbicaraan. YB fikir mereka tidak insaf? Islam sendiri mengajar kita untuk  bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sedangkan Allah dan Rasul menerima taubat hamba dan umat..apatah lagi kita sesama Islam.

YB nak kata ini 'kerajaan pintu belakang?' Sesuatu yang berlandaskan akta dan undang² adalah laluan tikus? YB nak kata YDPA bertindak semborono berlandas emo? YB yang belajar tinggi seharusnya lebih arif tentang legislatif negara. YB kena BELAJAR TERIMA HAKIKAT!

YB..mudaratnya BN dahulu kerana pemimpinnya yang korup...ya betul. Islam perlukan pemimpin yang berintegriti. Mereka sudah diajar!

Tetapi mudaratnya PH lagi besar impak dan bala yang bakal menanti..ia membabitkan bangsa Melayu dan Islam. Mereka yang cauvinis tetap berkiblat untuk pertahankan jatidiri mereka...kita yang beralah semakin dipijak² maruahnya!

Suara mereka semakin lantang kedengaran...termasuklah mempertikai ritual agama Islam di Hari Raya Korban..sembelihan lembu di sekolah! "Jika begitu, kami juga boleh sembelih babi di sekolah". Provokasi tersebut amat mencabar ketuanan kami di tanah sendiri!

YB Saddiq, apa rasionalnya abu mayat Chin Peng Ketua Parti Komunis Malaya dibawa masuk ke Malaysia untuk diberi penghormatan? APA RASIONALNYA?

Daripada pintu dibuka kepada mereka yang 'pepat di luar runcing di dalam', biarlah Ayah buka pintu pada UMNO sebab kleptokrat itu sudah menjadi sejarah.

YB..jika pencuri tersebut sudah insaf dan mahu kembali sama² membina negara, mengapa kami tak boleh cium tangan beliau?

Sunday, 8 March 2020

5 tahun?

Kenapa tak tunggu 5 tahun? Setahun lebih dah cukup menyerlahkan siapa PH..siapa DAP.

PH banyak tak kotakan manifesto PRU14...mana tol percuma..mana ptptn percuma..mana harga minyak turun.

Dr Zakir Naik disekat dakwahnya...angkara siapa?

DAP pula dah sampai menolak Melayu ke dinding...tak masuk akal seorang remaja cina boleh dengan berani menayangkan plakad protes di majlis besar konvokesyen UKM...mana tindakan terhadap sikurang ajar tersebut? Pasti ada dalang...siapa lagi kalau bukan parti yang sebangsa dengannya!

YB Mat Sabu...bukan kata 5 tahun...5 saat pun akan kami usahakan untuk menjunjung ketuanan Melayu di Tanah Melayu!


Thursday, 5 March 2020

Berehat ya Tun

Tun M, ini bukan pasal angka dan sokongan majoriti tetapi...

1. Isu tolak tulisan jawi
2. Perlekeh ATM
3. Kaum India merupakan penduduk pribumi awal
4. Kes Adib...terpinggir
5. Dakwaan gugur ke atas penyokong LTTE
6. Aset² TH dijual kepada konglomerat cina

Semuanya bersebab AGAMA dan RASIS! ISLAM dan MELAYU mahu ke mana Tun? 

Sehingga pertama kali dalam sejarah DYMM menggunakan kuasa eksekutifnya demi menyelamatkan Islam dan ketuanan Melayu!

Hakikatnya...DAP menjadi liabiliti untuk Tun teruskan perjuangan. Strategi DAP yang licik dan bergaya semakin merisaukan kami. 5 PRK sudah cukup membuka mata Tun sebenarnya...mesej kami jelas!

Berehat ya Tun...jasamu tetap dikenang..semoga Allah merahmati dan memberi balasan setimpal dengan perjuanganmu yang mungkin belum selesai. 

...dari aku yang pernah menyokongmu.

Tuesday, 25 February 2020

Nak Berdoa...Berdoalah Tapi...

Berdoa di majlis walimatul urus...adalah biasa, walau tetamu tak menghayatinya. Takpe.. teruskan berdoa agar majlis diberkati.

Tetapi jika doa diiringi alunan muzik..mendayu-dayu dibuai rasa..dah mula jadi trending.

Terus terang...maaf..aku tak setuju. Jangan melampau sangat. Ini bukan puisi, sajak, syair, gurindam.

Berbalik pada asal...ikut sunnah..ikut syara'
Jangan terikut-ikut rentak dunia!

Jangan Bermain Api

Masalahnya bukan terletak pada tanglung, tarian naga mahupun ponggal.

Zaman budak2 dulu aku main tanglung, aku tak miss tengok tarian naga diiringi mercun. Zaman remaja pula aku ziarah rakan2 India dalam perayaan Deepavali.

Sekarang...

Timbul polemik bila promosinya menjadi besar. Apabila ditegur, barisan tertinggi kerajaan turun mempertahankannya.

Tetapi...bila Dr Zakir Naik disekat pergerakannya..tulisan jawi menjadi liabiliti, ritual agama di mrsm dipertikai...hanya bunyi cengkerik yang kedengaran...kriik kriik...

Kaligrafi cina boleh menyatupadu kaum...tulisan jawi 4 mukasurat dikata proses Islamisasi....sekali lagi bunyi cengkerik bersahut-sahutan...kriik kriik

Ada yang dah berani mempertikai ritual Hari Raya Korban...sembelihan lembu di sekolah Kebangsaan...tak menjaga sensitiviti kaum India tegasnya...kalau macam tu, kami pun boleh sembelih babi di sekolah!! kriik kriik...cengkerik semakin nyaring bunyinya...

Rakyat semakin muak sehingga mereka tak kisah cium tangan pencuri kerana di zaman pencuri, semua perkara tu tak pernah berlaku!!!

Aku tetap hormat kawan-kawan sepejabat aku Cina dan India...mereka baik--baik semua...cuma yang ekstrimis harus diajar! 
Peti undi jawapannya...Melayu yang punyai Tuhan yang satu..Nabi akhir zaman yang satu..kitab yang satu..harus bersatu!!!

Happy CNY Charmaine Koay Huey, Lee Sok Kian, Mandy Ho, Mr Chong Kwong Check, Vivian

Monday, 24 February 2020

COVID 19...Tentera Allah

KIta adalah apa yang kita makan..

Haiwan bertaring, berkuku tajam dan menangkap mangsa adalah haram dimakan..itu syari'atullah.

Bila hukum Allah dilanggar...bersedialah untuk tentera2 NYA menggila!!!

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik. Dan bertakwalah kapada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Surah al Maidah ayat 88

Saturday, 7 September 2019

Masjid Tok Guru

Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Berkesempatan aku bercuti ke Kota Bharu. Aku merangka 'itinerary' dan yang menjadi keutamaanku ialah melawat rumah arwah TG Hj Nik Aziz Nik Mat..rumahnya bersambung dengan masjid.

Solat tahiyyatul masjid mengambil tempat. Di sinilah arwah banyak menabur ilmu dalam melahirkan Dae'i bagi menyambung sunnah Nabi.

Ya...inilah wajah rumah beliau hasil khidmatnya sebagai MB Kelantan selama 23 tahun (1990-2013)...tiada beza dengan lakaran rumah rakyat marhein. Itu sudah menjawab siapa beliau dalam mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang.

Ketepikan soal politik...aku hanya ingin merasa aura arwah...alfatihah.



Ekspresi Merdeka


"Apa bukti cintamu kepada negara?" tanya mereka.

"Kau tak boleh menelah hatiku betapa aku sanggup mati untuk pertahankan negara...tetapi kau bisa melihat dengan mata kepalamu apa yang aku pamer", jawabku bersemangat...ceeehhhhhh😉

Ekspresi MERDEKA!!!



Monday, 11 March 2019

Ini Amaran...

Sebenarnya banyak hikmah dengan kejatuhan kerajaan BN..

1. Objektif untuk hentikan segala tindakan salahlaku pemimpin..bahawa harta negara tidak boleh diperlaku sewenangnya sampai tak habis makan 7 keturunan.

2. Rakyat berkuasa untuk tukar kerajaan sekiranya kerajaan tidak mahu berubah.

3. Disebabkan pertukaran kerajaan inilah, total menyedarkan umno bahawa ia bukan parti keramat yang tidak mungkin jatuh. Hasilnya..segala petualang-petualang dalam umno telah dibersihkan.

4. Adalah tidak mustahil Melayu akan naikkan semula umno (apalagi jika bergabung dengan PAS)..nak bagi mesej kepada parti-parti lain bahawa ketuanan Melayu dan agama Islam tetap dipertahankan walau nyawa menjadi taruhan!

5. Kerajaan baharu PH jika masih tidak bertegas dengan hal-hal agama dan ketuanan Melayu..bakal menerima nasib sama..TUKAR!

Lihat sahaja keputusan PRK di dua kawasan...Cameron Highland dan Semenyih. PH...ini amaran!


Sunday, 20 January 2019

Perang Yang Mendamaikan

Dalam menelusuri sepanjang perjalanan hidup, kekadang perasaan retro hadir dalam mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan remaja.

Aku membesar dengan segala rentak aktif yang menjadikan kehidupan itu penuh meriah dan ceria. Segala permainan yang diperlukan minda dan fizikal, habis semuanya menjadi milikku.

Gasing, layang-layang, yoyo, teng teng, baling selipar, rounders, konda kondi, congkak, polis sentri, sorok sorok..entah..tak tersenarai lagi.

Itu retro kanak-kanak aku, zaman penuh gemilang yang tidak mungkin kembali semula dalam gelanggang anak-anak digital!

Sungguhhhhh...tak pernah lagi aku terserempak kanak-kanak bersama senapang berkejar-kejaran lagak askar sedang berperang.

Tapi hari itu berlaku naratif yang menempelak prejudis aku terhadap dunia siber...sungguhhhh!

Musafirku ke Kuantan, membawa ke makan malam di Ana Ikan Bakar Petai. Sedang ralit melihat sekitar, terdengar bunyi bising 2 orang kanak-kanak berkejaran membawa senapang. Seorang mengejar, seorang dikejar. Berulang-alik mereka berpusing di kawasan meja pelanggan lain tanpa menghirau orang-orang sekitar...riuh! Walau senapangnya bukan buatan sendiri, tetapi keaktifan mereka berperang cukup menyentuh alam retro aku.

Owhhh...aku teruja..tersangat teruja dengan telatah mereka. Rindu aku terubat dipertontonkan senario retro itu...manis rasanya.

Ya ..aku tak akan menyalahkan dunia di atas perkembangannya menidakkan segala apa yang pernah aku lalui sebelumnya. Islam juga mengajar pemeluknya untuk imarahkan dunia menurut kesesuaian zaman-zaman yang dilalui. Jika digital yang dituntut, digital lah yang harus dipelajari.

Tetapi tak salah rasanya untuk kita kembali hidupkan aktiviti-aktiviti yang bisa menggerakkan segala sendi-sendi otot agar rasa lebih cergas dan tuntas berbanding hanya meneleku di kerusi, mendiami bilik berhawa dingin berperang di alam maya.

Perang kanak-kanak di meja makan itu begitu mendamaikan jiwa...terimakasih kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut atas tersentuhnya emosi aku.