Translate

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Monday, 25 May 2020

Cari Aku di Neraka

'Sahabat...kalau tak jumpa aku di syurga, carilah aku di neraka'.

Betul ke frasa tu? Boleh ke kita ucap perkataan macam tu? Mampukah sahabat menarik kita masuk ke syurga?

Penjelasan Ustaz Mohamad b Abdullah di siaran 'Tanyalah Ustaz':-

Ini sebenarnya bahasa sastera yang lembut bagi menggambarkan sahabat sejati semasa hidup.

Maksudnya...sewaktu di dunia, tegurlah aku, tenangkanlah diriku ketika marah dan jangan biarkan aku bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kata² doa ini adalah simbolik kepada betapa berharganya kita mempunyai sahabat sejati di dunia bagi memimpin hidup menuju akhirat.

Masih ada ke sahabat yang boleh memandu hidup kita? Jika tiada...carilah. Bersahabatlah dengan mereka yang selalu mengingatkan kita waktu solat.

Inilah sahabat permata yang boleh membawa kita ke syurga...Insyaallah.


Hukum Milik Allah

Bani Israel keturunan Nabi Ya'kub mengharamkan makan daging unta atas alasan Nabi Ya'kub tidak memakannya padahal Baginda bertindak demikian atas sebab² rawatan dan tidak berapa gemar memakan daging tersebut.

Pengharaman yang tidak berdasarkan apa²  bukti yang mereka lakukan itu berlaku sebelum turunnya kitab Taurat lagi.
Allah suruh Nabi Muhammad cabar mereka untuk tunjukkan kitab Taurat yang mengatakan daging unta haram dimakan.

Rujuk surah Ali 'Imran ayat 93

Mesej: apa² sahaja berkaitan hukum hakam dan panduan dalam agama mestilah berserta dalil dan rujukan yang sah. Jangan jadi macam spesis Yahudi yang gemar me'reka' corak syari'at Allah berdasar nafsu dan selera sendiri.

* Israel adalah gelaran kepada Nabi Ya'kub
* Bani Israel - anak²/keturunan Nabi Ya'kub
* Keturunan ini juga asalnya kaum Yahudi

Sunday, 17 May 2020

Yahudi dan Kera

Kaum Yahudi pernah ditukar menjadi kera di atas kesalahan cuba menipu Allah. 

Allah turunkan syari'at tidak boleh bekerja pada hari Sabtu...hanya dikhaskan untuk beribadat sahaja.

Di hari tersebut pula ikan timbul dengan banyaknya di pesisir lautan (untuk menguji mereka).

Dengan bijaknya, para nelayan telah memasang jerat pada hari Jumaat...ikan terperangkap pada hari Sabtu dan mereka ambil ikan² tersebut pada hari Ahad. Mereka memanipulasi arahan Allah dengan helah yang dirancang.

Allah turunkan azab dengan menukar mereka menjadi kera selama 3 hari...selepas tamat tempoh 3 hari, kesemua mereka mati.

Justeru, teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari kera/monyet adalah tidak benar kerana Tafsir Surah Al Baqarah ayat 65 menyatakan bahawa kesemua mereka mati...bermakna terputus generasi kera yang didakwa.

Wallahua'lam

Monday, 11 May 2020

Siapa GILA?

Syarat wajib solat ke atas seseorang adalah BERAKAL dan TIDAK GILA.

Mesej: Yang sengaja meninggalkan solat itu memang GILA dan TIDAK BERAKAL!!!

Tersinggung? Marah?

Hadapkan wajahmu ke langit...kerana perintah solat itu datangnya dari atas sana...yang menciptakanmu!!!

Tak ke GILA dan TAK BEROTAK namanya bila kau dengan berani sengaja melawan dan engkar arahanNYA?

Kasar bahasa aku ni kan. Lebih kasar dan keras apabila Malik menarikmu ke neraka...

FIKIR!!!

Saturday, 2 May 2020

Infaq dan Akhlak

Aku mengikuti perkembangan konflik derma Ustaz Ebit Lew yang dikomen oleh Ustaz Abu Syafiq dengan sangat berhati². Lepas satu..satu, video aku layari untuk mendapat info yang betul.

Sebelum pergi jauh, aku perlu meneutralkan minda agar analisis yang aku keluarkan tidak menjadi fitnah. Aku tak boleh memihak dan aku juga perlu berlaku adil dalam membuat kesimpulan.

Kenyataan Ustaz Abu Syafiq:-

MELETAKKAN GAMBAR DAN VIDEO ORANG MISKIN YANG SUSAH SEHINGGA MEMALUKAN DIA ADALAH AIB DAN HARAM.

Ustaz Abu tidak mempertikaikan sumbangan yang diberi tetapi apabila video dimuat naik tanpa melindungi aurat seseorang yang terdedah...itu yang ditegur.

Sumbangan terhadap Maahad Tahfiz, Persatuan² mahupun kepada keluarga miskin yang dimuat naik gambar rumah yang daif dan hampir roboh...bukan masalahnya.

Masalahnya apabila wajah ahli² keluarga dan mereka yang terbaring melarat dengan kain tersingkap ke paras peha..tidak ditutup dengan cara yang wajar, boleh mengaibkan mereka.

Ya...aku bersetuju dengan teguran Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Ebit Lew pula dah buat yang terbaik untuk membantu dan meringankan mereka yang memerlukan tetapi berlaku kelemahan yang mana kalau beliau perasan, pasti beliau akan edit video tersebut sebelum dimuat naik.

Dakwah mesti dibuat secara teratur dan tersusun agar matlamatnya tercapai.

Kesimpulannya...

Pasti wujud kelemahan dalam kita berbuat sesuatu perkara. Kelemahan² itulah yang seharusnya diperbaiki bagi memantapkan lagi usaha² dakwah.

Tegurlah wahai yang di luar sana tetapi teguran itu harus diiringi hemah dan akhlak. Ustaz Abu Syafiq agak agresif dalam melontarkan hujahnya kepada netizen sehingga beliau mengatakan bahawa beliau telah menang dengan kedudukan 1-0 (apabila netizen mula behenti mengecam beliau dalam komen² di FB).

Wahai Ustaz Abu...kamu berhujah untuk raih kemenangan atau menyebar ilmu? (aku sedang menegur kamu ni ustaz).

Buat Ustaz Ebit Lew:

Apabila kamu berasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal - Khalifah Ali bin Abi Talib

Buat Ustaz Abu Syafiq:

Semulia² manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Wahai Daei...berdakwahlah..jadilah pewaris Nabi tetapi jangan kau dedahkan aib sesama kamu di ruang angkasa yang tiada berdinding.

Wahai Daei...berdakwahlah...tetapi jangan sampai teguranmu menjatuh dan mengaibkan pula saudara dakwahmu...kelak kamu akan ditanya di akhirat atas kelancangan mulutmu.

Aku? Hanya memerhati bagi mengkoreksi diri!

Saturday, 11 April 2020

Mahu Berniaga Dengan Siapa?

Sumbangan mahu diviral agar menjadi contoh kepada yang lain. Kita pula usah menelah niat di hati mereka...mereka buat kerja² kebajikan...awak buat ke?

Sekali imbas nampak cantik semua.

Tetapi bila segalanya dipromosi...setiap hari..setiap adanya waktu...berkata² pula hati..."eh eh..orang lain pun buat kerja² kebajikan juga tapi taklah sampai mahu diwar² setiap saat dan waktu".

Sahabat...tak kiralah status kamu...orang kaya, T20, M40, rakyat marhein mahupun ustaz selebriti...

Berpada² dan berhati² lah dengan kebaikan yang anda lakukan...jangan tegar mahu dipamer semuanya. Cukup satu dua contoh...kami dah faham.

Tapi bila promosinya melimpah ruah...bimbang ada ruang² lompong yang diperguna syaitan untuk riak yang tersembunyi...halus sangat!

Promosi untuk barang jualan, harus dilakukan sepanjang waktu dan sekerap mungkin...kerana kamu berniaga dengan manusia.

Tetapi sahabat, itu tidak sama bila kita berniaga dengan Allah. Walau tanpa promosi...pahala dan labanya tersimpan rapi di perbendaharaanNya...tanpa pengetahuan makhluk di bumi!

Tetap hormati penyumbang² yang prihatin

Friday, 10 April 2020

Dunia itu Hamba dan Tuan

Saiyidina Ali pernah berkata..."orang yg sentiasa memenuhkan perutnya, maka nilai dirinya tidak lebih dari apa yang dikeluarkan oleh perutnya jua".

Sahabat, berpada²lah kita dengan apa yang dihidangkan oleh dunia kerana dunia merupakan sebaik² hamba tetapi sejahat² tuan! 

Jangan kau kutuki dunia lantaran taksub dengan akhirat tetapi jadikanlah ia alat untuk kau menemuiNYA...

Muhasabah Jumaat...

Tuesday, 31 March 2020

COVID-19 Berita Palsu

Berita palsu berceracak setiap hari. Setiap hari juga saluran TV harus menetapkan slot penafian berita palsu yang bertebaran tanpa noktah...setiap hari tanpa noktah!!!

Polis pula membuang banyak masa untuk mencari sumber² berita tersebut bagi mendakwa penjenayah² siber.

Hey kamu di luar sana...mentaliti apa yang sedang merasuk minda kamu? Dalam keadaan negara dan dunia dilanda sulit, kamu wewenang tergamak menular berita hampas. Kamu tahu tak bahawa menyebar fitnah dan berita tak benar adalah berdosa hukumnya di sisi agama?

Kamu mencipta panik, gusar, kecewa, hampa dan perasaan yang bercampur baur...

KRONIKNYA MINDA RAKYAT MALAYSIA!!!

Tak berkenan aku!

WFH COVID-19

Tonasi Mulut Gambaran Hati

Jika mulut mengucap sesuatu...itulah khazanah hati yang tak mampu dibohongi. Mana mungkin mulut jahat bersulam hati baik.

Jika yang terucap menyakitkan hati pendengar...itulah gambaran hati sipengucap. 

Mengucaplah kerap untuk memperbaiki lubuk hati juga berhati-hatilah menjaganya kerana segalanya bermula dari situ...HATI ;-)

Friday, 28 February 2020

Kau Cukup Kaya?

Ulama yg diperlekehkan oleh org kaya itu berkata.."Aku tidak miskin kerana aku mempunyai TUAN yang Maha Kaya yang memiliki kerajaan langit dan bumi, cuma aku tidak mahu meminta-minta harta dari TUAN kami!!!"..hebat kata-kata ini.

Rezeki yang dibicarakan oleh manusia itu sangat sempit dibandingkn kerajaan Allah yang luas. Maka bersyukurlah dan tanamkan sifat qana'ah dalam jiwa agar kita tidak kufur dengan segala nikmat pemberianNYA..

Subhanallah...Alhamdulillah.

Berniaga Bersama Allah

Haram untuk kita berkecimpung dengan perniagaan saham yang menjamin keuntungan...tiada risiko kerugian. 

Di mana sumber saham yang dilabur? Mana datangnya sumber yang banyak bagi menjamin pelaburan yang takkan rugi?

Pelaburan yang dijamin untung dan tiada risiko kerugian malah berlipat kali ganda labanya...hanyalah perniagaan bersama Allah!

Salam Sayidul Ayyam...selamat berniaga bersama Allah (ikhlas beramal)

Tuesday, 25 February 2020

Nak Berdoa...Berdoalah Tapi...

Berdoa di majlis walimatul urus...adalah biasa, walau tetamu tak menghayatinya. Takpe.. teruskan berdoa agar majlis diberkati.

Tetapi jika doa diiringi alunan muzik..mendayu-dayu dibuai rasa..dah mula jadi trending.

Terus terang...maaf..aku tak setuju. Jangan melampau sangat. Ini bukan puisi, sajak, syair, gurindam.

Berbalik pada asal...ikut sunnah..ikut syara'
Jangan terikut-ikut rentak dunia!

Oooppss Terperanjat Aku!

Ooppsss...terperanjat bila tiba-tiba ada orang tepuk bahu dari belakang...nak masuk jadi makmum berimamkan aku.

Haiissyyyy...dah banyak kali berlaku insiden terperanjat ni. Ye la...dalam keadaan senyap sunyi...tiba-tiba fizikal kita diusik dari belakang...opocotttttt!!! terganggu solat dibuatnya!

Dah ditepuknya kita...barulah nak angkat takbir.

SALAH CARA TUUUUU!!! kita tak sedar bahawa kita telah berdosa ganggu seseorang di luar solat!

Tips 1...sebarang interaksi haruslah berlaku di dalam solat...bermakna, niat solat dahulu..angkat takbir..baharulah mulakan proses masbuk..

Tips 2...elak melakukan pergerakan besar 3 kali berturut2

Tips 3...menyentuh bahu hanya untuk kes mereka yang solat dalam barisan yang ramai. So, sentuh bahu imam bagi memberi mesej yang beliau dipilih menjadi imam.

Jika kita masbuk di belakang seseorang yang solat seorang diri...tak perlu ada aktiviti sentuh-menyentuh ni

Ingat ye..kalau masih tak jelas...rujuk kepada ustaz-ustaz muktabar.

Harap-harap lepas ni aku tak diperanjatkan lagi oleh mereka yang berniat baik tapi kurang ilmu...Iqra'

Sila Beradab

Yang berzikir selepas solat fardhu berjemaah dikatakan bidaah...mereka ditempelak.

Mereka yang keluar masjid seusai sahaja solat..tanpa zikir, tanpa doa...itu yang diperakui.

Bukankah berzikir itu mendekatkan diri kepada Allah! Berdoa itu memperakui diri sabagai hamba yang serba kekurangan!

Bukankah mereka yang tidak berdoa itu mewarisi sifat sombong...tidak memerlukan apa-apa dari Pencipta?

Jangan bermain dengan hukum. Khilafiah hanyalah cabang kapada penetapan hukum...di mana adab kamu?

Monday, 24 February 2020

COVID 19...Tentera Allah

KIta adalah apa yang kita makan..

Haiwan bertaring, berkuku tajam dan menangkap mangsa adalah haram dimakan..itu syari'atullah.

Bila hukum Allah dilanggar...bersedialah untuk tentera2 NYA menggila!!!

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu iaitu yang halal lagi baik. Dan bertakwalah kapada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Surah al Maidah ayat 88

Saturday, 13 July 2019

Pandanglah Rumput Itu

Hari Jumaat seperti biasa...rutin mingguan yang menuntut semua umat Islam untuk meninggalkan segala urusan duniawi dalam mengabdikan diri di rumahNYA.

Hari Jumaat adalah 'Me Time' untukku mendekatkan diri denganNYA. Aku akan ke masjid seawal mungkin...kerana 'tenang' itu ada di sana. Cukup-cukuplah seminggu aku bersosial dengan makhkuk yang melata di bumi milikNYA. Aku juga akan keluar masjid selewat mungkin demi memahami ayat-ayatNYA.

Hari Jumaat lepas berlaku sesuatu yang pelik. Tak aku duga perkara tu berlaku di hadapanku. Peristiwa yang berlaku biasa-biasa je tapi reaksi dari seseorang yang tak aku kenal amat luar biasa.

Seusai solat Jumaat dan sehabis aku melakukan solat sunat ba'diah..aku menuju ke rak kasut untuk mengambil selipar. Secara praktikal aku akan mencampakkan selipar ke lantai lalu memakainya.

Kejadian berlaku bila dua-dua seliparku terbalik. Belum sempat aku membetulkannya dengan kaki, muncul seseorang yang berkopiah dan berjanggut tunduk di hadapanku untuk membalikkan seliparku kepada keadaan asal.

Aaahhh...aku kaget dalam memandang wajahnya yang tersenyum seraya aku mengucap terimakasih. Dia tak tunggu lama..terus beredar.

Siapa dia? Apa tujuannya merendahkan diri membetulkan selipar seseorang yang tak dikenalinya? Tinggi benar akhlaknya! Aku sendiri tak terfikir untuk melakukan sedemikian pada orang asing.

Malu aku sangat menebal!!! Aku cuba menggali mesej dariNYA...kukira ia satu amaran buatku yang mungkin hanya memandang ke langit tinggi tanpa sempat melihat-lihat rumput di bumi...aaahhhhhhh!


Sunday, 21 April 2019

Terlajak Larislah Sangat 2

Errmmm...aku cakap kat Chef tu, "lagi 20 minit? Ok takpelah, saya 'cancel' je la order tu".

Isteri dan anak bujang berpandangan sesama sendiri dengan keputusan yang kubuat.

"Abang tak nak makan ke?" soal isteriku curiga.

"Beli je la kat tempat lain..tapau makan kat umah je", jawabku ringkas.

Kami keluar dari restoran. Tak sepicingpun aku bersuara bila melintas kaunter bayaran. Mereka yang duduk di kaunter memerhati tingkahku dan berpandangan sesama sendiri.

Aahhhh...ape hal? sikit je ujian yang Allah beri kat aku kan. Allah uji nafsuku yang lapar dengan sekatan makanan. Aku pulak ada pilihan untuk pesanan semula atau makan di restoran lain..ada aku kesah? Hahaaaaa...

Ye la...ujian tu datang dari pelbagai sudut. Dari yang sekecil-kecil hinggalah yang besar...dan Allah kata kita mampu menggalasnya!

Masalahnya, kita lupa bahawa di saat itu kita sedang diuji. Kita asyik dengan HAK pelanggan yang bagai raja suka menengking dan memarahi pelayan istana yang alpa.

Malam ni aku diuji lagi...'order' satay tapi lambat sampai. Aku tak nak berulang lagi kali ke 2. Nampak je kelibat pelayan tu, terus aku tanya. Katanya ''on the way". Tapi aku tengok mamat yang kipas satay tu tengah melepak.

5 minit selepas aku bertanya, mamat satay tu datang kat aku, "bang maaf bang, saya baru dapat order ni, abang jangan kata saya yang lambat ye".

Apakaaaahhhhhhhhh!!!

Isteri di sebelah dah tersenyum-senyum sambil melontar ayat 'power', "orang beriman memang selalu diuji", hahahaaaaaa...aku pulak tersipu malu dibuatnye...hihiiii...

Aku pesan kat 'wife' tak payahlah panggil pelayan yang lupa nak 'order' satay tu. Dia dah letih kerja dari petang tadi sampai ke malam. Cuba bayangkan anak kita kerja 'part time' camtu..pastu kena marah dengan pelanggan bagai...sedihkaaaannn.

Satu lagi...aku sebenarnya sedang mendidik anak dan isteri melalui tindakbalas terhadap peristiwa yang berlaku. Aku rasa cara tu lebih memberi impak dari membebel dan bersyarah. 

Yelah..kekadang kita ni pandai sangat bercakap tapi bila berlaku sesuatu.. terus 'emo' dan menyumpah seranah..kannnn

Dugaan..dugaan..hahaaaaaaa.

#akutaklahbagusmanatapicubacarijalanuntukperbaikidiridankongsisebagaipengajaran.



Wednesday, 17 April 2019

Seminit Hijab Dibuka 2

Masih ingat kisah 'Seminit Hijab Dibuka' yang aku karang di sekitar tahun 2013, berkenaan cerita seorang sahabat yang dibuka hijab oleh Allah untuk tembus pandang makhluk yang merangkak menuju ke arahnya.

Selepas 5 tahun sahabat yang sama berkongsi pengalaman yang sama naratifnya dan sama lokasinya...berlaku di hadapan Kaabah. Bezanya tahun 2018, beliau menunaikan Haji berbanding Umrah.

Sekali lagi beliau dipilih untuk sebuah tontonan yang menembusi dunia mistik. Hanya yang terpilih sahaja yang mampu menembusinya...ya, hanya yang terpilih. Tidak syak lagi.

Hari itu beliau menelefonku untuk jemputan ke majlis reU kawan-kawan sekolah menengah. Pengisian majlisnya berbentuk bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat. Entah di mana puncanya terbuka cerita pengalaman beliau bersama suami dalam mengerjakan Haji. Banyak..terlalu banyak yang mahu dikongsi termasuk hari kejadian ribut yang seakan berlakunya kiamat!

Tapi fokusku pada cerita ini...hari Jumaat setelah selesai segala ritual rukun Islam ke 5. Beliau bersama suami berada awal di Masjidil Haram untuk solat Jumaat. Bersambil menunggu tiba-tiba kelihatan seorang wanita di hadapan Kaabah berjalan melawan arus tawaf sambil menepis-nepis jemaah yang menghalang laluannya...terus menuju ke arahnya.

Keadaannya hitam legam, rambut kusut masai dan tubuhnya berasap! Masyaallah..beliau kaget dan terpaku dengan senario tersebut..hanya mampu menanti apa yang akan berlaku. Dalam beberapa kerlipan mata, 'dia' yang amat-amat beliau kenali hilang dari pandangan mata.

Aaahhhh..beliau menangis dan menangis sepuas-puasnya..tak sangka dan seakan tak percaya yang hadir itu adalah sahabat karibnya sendiri yang selalu mengambil berat tentang keadaan beliau yang kurang sihat sebelum berangkat ke Tanah Suci. Suami yang berada di sebelah termangu-mangu dengan tangisan beliau yang secara tiba-tiba itu.

Melalui sahabat-sahabat lain, beliau maklum bahawa sahabat yang seorang ini acap kali mengumpat beliau di belakang. Tak tahulah...macam ada sahaja yang mahu dicemburukan.

Setelah keadaan tenang dan terkawal, baharulah diceritakan segala apa yang berlaku..aahhhhh. Ustazah tempat rujukan...menangis mendengar cerita tersebut..sambil bermuhasabah diri.

Sekali lagi...cerita beliau menggamit hatiku, apa amalan beliau sehingga Allah beri keistimewaan untuk beliau lihat impak kepada sebuah kepura-puraan.

Aku yang bermuhasabah....



Monday, 11 March 2019

Ini Amaran...

Sebenarnya banyak hikmah dengan kejatuhan kerajaan BN..

1. Objektif untuk hentikan segala tindakan salahlaku pemimpin..bahawa harta negara tidak boleh diperlaku sewenangnya sampai tak habis makan 7 keturunan.

2. Rakyat berkuasa untuk tukar kerajaan sekiranya kerajaan tidak mahu berubah.

3. Disebabkan pertukaran kerajaan inilah, total menyedarkan umno bahawa ia bukan parti keramat yang tidak mungkin jatuh. Hasilnya..segala petualang-petualang dalam umno telah dibersihkan.

4. Adalah tidak mustahil Melayu akan naikkan semula umno (apalagi jika bergabung dengan PAS)..nak bagi mesej kepada parti-parti lain bahawa ketuanan Melayu dan agama Islam tetap dipertahankan walau nyawa menjadi taruhan!

5. Kerajaan baharu PH jika masih tidak bertegas dengan hal-hal agama dan ketuanan Melayu..bakal menerima nasib sama..TUKAR!

Lihat sahaja keputusan PRK di dua kawasan...Cameron Highland dan Semenyih. PH...ini amaran!


Wednesday, 5 December 2018

Jangan Warisi Dosa Itu!

"Assalamu'alaikum En Azizi, dah 'settle' dah. Terimakasih nasihat haritu".

"Alhamdulillah..lega saya dengar. Kan seronok bekerja bila kita takde masalah dengan orang".

Dia baik orangnya. Selalu aku nampak dia bersama jemaah di surau, kekadang mengimami jemaah. Di bulan Ramadhan, dia fasih menjadi bilal dalam membaca selawat di setiap rakaat tarawih di surau pejabat.

Hari yang dirancang tiba. Dia bakal berjumpa denganku untuk sesi kaunseling atas masalah pergeseran di antara pekerja dan ketua.

"Haaa? Minta maaf? Oooohhh tak boleh Encik Azizi, nanti dia makin naik tocang. Habis dicanang kat kakitangan lain yang saya dah tunduk kat dia. Saya sendiri tak pernah terfikir nak minta maaf kat dia..tak payahlah".

Adussss...berat ni. Cadanganku ditolak mentah-mentah. Camne nak selesai masalah kalau rasa ego beraja di hati.

"Bro, tau tak dosa apa yang mula-mula tercipta di antara makhluk dan Pencipta sehingga dihalau keluar dari syurga?"

Dia terkebil-kebil sebentar dengan lontaran soalan yang tak diduga dariku.

"Dosa Nabi Adam derhaka kat Allah sebab melanggar larangan makan buah khuldi", jawabnya dengan yakin.

"Salah...dosa pertama antara makhluk dengan Allah adalah sombong! Iblis enggan sujud kepada Adam atas rasa ego bahawa dirinya tercipta dari api sedangkan Adam hanya dari tanah. Bro tau kan, tak masuk syurga seseorang yang ada sekelumit sifat sombong dalam diri".

"Hilangkan rasa ego diri tu. Tak jatuh maruah diri jika kita memulakan kata maaf...tak hilang bisa ular menyusur akar".


"Jangan fikir apa yang akan dia lakukan selepas bro minta maaf...itu urusan dia. Yang penting kita dah memulakan sesuatu yang digaris oleh syarak".


"Bro...jangan warisi dosa yang dibuat Iblis. Buang jauh-jauh sifat sombong tu ya".

Kulihat airmukanya mula redup...memandang meja tak berkelip.

"Errmmm...tengoklah nanti, terimakasih En Azizi atas nasihat".

Kami bersurai. Tapi aku tak meletak harapan tinggi untuk masalah tu selesai sebab riak wajah dia tak mencerminkan rasa yang bersungguh untuk buang rasa ego diri.

"Assalamu'alaikum En Azizi, dah 'settle' dah. Terimakasih nasihat haritu".

"Lepas saya minta maaf, diapun minta maaf gak. Diapun ngaku dia tak patut tegur salah saya depan orang-ramai".

Alhamdulillah...itulah hadiah paling berharga aku terima dari seseorang yang bergelar kakitangan syarikat.

Puas! Ya...kepuasan yang tidak terlakar mahupun diucap. Bukan aku yang selesaikan masalah tersebut...dia sendiri yang menggerakkan kapasiti diri untuk sebuah kemaafan.

Aku? Aku hanya hambaNYA yang ditugas untuk mengimarah bumi yang didiami...kosong tangan, kosong dada. Sampai masa, aku akan berhadapan dengan segala gerak laku di Mahkamah Allah. Apa bekal yang aku bawa? Errmmmm....Allah ya Allah.